Picture by Jkvect from Deviant ArtAssalamualaikum wbt
Setiap insan yang lahir ke dunia tidak kira agama,bangsa mahupun warna kulit tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan sama ada dengan niat ataupun tanpa menyedarinya.Namun itu bukanlah persoalannya.
"All men make mistakes,but only wise men learn from their mistakes."-Winston Churchill
Persoalannya adalah bagaimana kita berhadapan dengan kesalahan yang telah dilakukan itu.Sesetengah orang mungkin langsung tidak akan ambil peduli dengan kesalahan yang telah dilakukan kerana menganggap itu adalah suratan takdir dan meneruskan kehidupan seharian tanpa mengambil sebarang pengajaran daripada kesalahan yang telah dilakukannya.Bermungkinan besar orang seperti ini akan mengulangi kesalahan yang sama di masa yang akan datang dan tanpa disedari kesalahan tersebut telah dianggap perkara biasa dalam kehidupan sehariannya dan dia akan terus menerus bergelumang dengan dosa tersebut akibat kebodohan diri sendiri.Maaf sekiranya kenyataan ini agak kasar tetapi itulah hakikatnya.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.
Sebahagian yang lain pula sedar dengan kesalahan yang telah dilakukan dan cuba memperbaiki dirinya untuk tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama.Barangkali dia akan berjaya memperbaiki dirinya atau mungkin juga dia akan mengulangi kembali dosa yang dilakukan kerana tertewas dengan godaan hawa nafsu.Tetapi ingatlah saya dan anda sekalian akan menemui kematian dan kita akan dipersoalkan dengan setiap amalan yang telah dilakukan didunia ini hatta sebesar zarah dan kebaikan tidaklah sama dengan kejahatan.
"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahuai apa yang kamu kerjakan pada siang hari.Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan.Kemudian kepada-Nya tempat kamu kembali,lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan."~Al-An'am :60
Berusahalah untuk memperbaiki diri dengan ikhlas semata-mata mengharap keredhaan-Nya.Dampingilah Dia dengan mengerjakan ibadah yang wajib dan sunat serta senantiasalah berdoa kepada-Nya kerana doa merupakan senjata orang mukmin.
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammmad)tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku,agar mereka memperoleh kebenaran."~Al-Baqarah:186
Seterusnya sentiasa bersangka baiklah kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya agar kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya dan tergolong dalam golongan hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh.InsyaAllah.
"133-Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi,yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.134-(yaitu)orang yang berinfak,baik di waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)orang lain.Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.134-dan(juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,(segera)mengingat Allah,lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya,dan siapa(lagi)yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu,sedang mereka mengetahuai."~Ali Imran
Berubah kerana mahu.
